Kenderaan untuk Pesakit Covid: Cara Membawa Pesakit Covid Menggunakan Kenderaan Sendiri

Cara Membawa Pesakit Covid Menggunakan Kenderaan Sendiri. Berikutan penularan kes COVID-19, bilangan pesakit semakin meningkat. Kapasiti kemudahan ambulans juga telah dimaksimakan bagi mengambil pesakit dari kediaman mereka untuk dihantar ke hospital. Akan tetapi, bagi kes-kes kecemasan, ahli keluarga atau rakan terpaksa menghantar pesakit ke hospital secepat mungkin.

 

Langkah-langkah keselamatan.

  1. Pemandu kenderaan perlulah memakai PPE asas bagi menjaga keselamatan diri. Ini termasuklah, pelitup muka n95, face shield, sarung tangan dan apron plastik. Apron plastik boleh digunakan untuk di sarung pada tubuh anda. Pesakit Covid yang anda bawa tidak perlu memakai PPE seperti anda. Pesakit hanya perlu memakai 3ply mask.
  2. Anda perlulah mengamalkan penjarakan fizikal ketika berada didalam kenderaan. Pesakit perlu duduk dibelakang kenderaan dan posisi tempat duduk pesakit perlulah berlawanan dangan pemandu kenderaan. Pastikan jarak anda dengan pesakit sejauh mungkin bagi mengelak jangkitan berlaku.
    covid kereta
  3. Anda juga perlu pengaliran udara yang cukup didalam kenderaan. Elakkan penggunaan penghawa dingin kerana ini boleh meningkatkan risiko penularan virus COVID-19. Anda perlulah membuka tingkap untuk pengudaran yang lebih baik. Dengan cara ini, boleh mengurangkan transmisi virus lebih daripada 50 peratus.
  4. Jika anda memandu dengan perlahan, anda boleh membuka semua tingkap, namun jika anda memandu laju ataupun tak dapat membuka tingkap kerana hujan, anda boleh membuka tingkap separuh iaitu tingkap yang berlawanan dengan anda, dan juga tingkap yang berlawanan dengan pesakit. Buka tingkat setiap 10 minit.
  5. Setelah pulang kerumah, mandi dan bersihkan diri. Jangan lupa untuk mengelap seluruh permukaan kereta anda. Selepas itu, anda perlu nyahkumankan kereta anda.

disinfection, kereta, car

CERT Academy juga ada menyediakan perkhidmatan untuk menyahkuman kereta dengan harga yang sangat berpatutan. Sila layari www.certacademy.com.my untuk pertanyaan lanjut.

 

 

References :

https://www.keluarga.my/nak-bawa-pesakit-covid-19-ke-hospital-dengan-kenderaan-sendiri-dr-ni-jelaskan-cara-yang-selamat/

https://m.sinarharian.com.my/mobile-article?articleid=199289

https://www.valleyhondadealers.com/blog/coronavirus-cleaning-tips-how-to-disinfect-your-vehicle/