Call Us +603-8066 8665
Impak Covid-19 Terhadap Kesihatan Mental
Covid-19 adalah satu nama yang tidak asing lagi di telinga masyarakat. Ianya menjadi perbualan harian tidak kira dimana jua kita berada. Di bandar yang pesat membangun mahupun di kawasan pedalaman umum mengatahui tentang kewujudan virus COVID-19. Sejak 18 Mac 2020, World Health Organization (WHO) telah menklasifikasikan COVID-19 sebagai pandemik. Ini bermakna Virus ini boleh dijumpai di seluruh dunia.
Kesan COVID-19 terhadap emosi masyarakat sejagat:
Oleh yang demikian COVID-19 telah memberi kesan yang mendalam terhadap penduduk dunia terutamanya dari segi kehidupan seharian. Di Malaysia, kes masalah kesihatan mental telah meningkat sebanyak 2 kali ganda berbanding tahun sebelumnya. Ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat sangat terkesan dengan penularan COVID-19. Antara masalah mental yang sering dikaitkan dengan penularan COVID-19 adalah masalah depresi, kegelisahan, gangguan tidur dan sebagainya.
Kesan negatif terhadap golongan remaja dan kanak-kanak:
Antara golongan yang terkesan hebat akibat penularan COVID-19 adalah golongan remaja dan kanak-kanak. Mereka masih berada dibangku persekolahan dan sepatutnya menumpukan perhatian penuh terhadap pelajaran mereka. Bagi membendung penularan COVID-19, pihak kerajaan perlu melakukan perintah kawalan pergerakkan. Oleh yang demikian remaja serta kanak-kanak tidak lagi dibenarkan untuk pergi kesekolah mahupun universiti masing-masing.
Perkara ini akan memberikan tekanan yang hebat terhadap golongan ini kerana pada usia ini mereka sepatutnya lebih banyak bersosial dan mengenali dunia. Mereka akan mula untuk merasa bosan apabila terlalu lama berada dirumah. Sesi pembelajaran juga terpaksa dijalankan dari rumah dan minat perlajar untuk belajar akan semakin hilang dek kerana kekangan ini. Antara simptom yang bakal dialami adalah, merasa gelisah, tidur tidak teratur, sukar untuk fokus, sering menangis serta gagal mengawal emosi dengan baik.
Impak emosi kepada golongan dewasa:
Selain itu, golongan dewasa juga tidak kurang terkesan dari segi kesihatan mental. Perkara ini boleh berlaku apabila mereka hilang punca pendapatan, dan terlalu lama terkurung dirumah. Mereka ini mempunyai tanggungjawab dan tanggungan yang berat serta menjadi tulang belakang keluarga. Apabila emosi gagal dikawal dengan baik, isteri dan anak-anak cenderung untuk menjadi mangsa keadaan apabila mereka terlalu tertekan sehinggakan berlakunya kes dera berlaku di rumah. Kes perceraian juga semakin meningkat kerana tekanan hidup yang semakin meruncing.
Sokongan emosi serta langkah-langkah pencegahan:
Oleh yang demikian, kita perlu mengambil cakna tentang perkara yang berlaku di sekeliling kita kerana perkara ini memberi kesan terhadap diri serta keluarga tercinta. Antara pendekatan yang boleh di ambil adalah dengan mendapatkan bantuan dari pegawai kaunseling. Selain itu, bercerita dengan keluarga dan sahabat juga dapat meringankan beban emosi yang ditanggung.
Di Malaysia satu talian telahpun disediakan bagi membantu mangsa untuk mengatasi masalah emosi akibat COVID-19 iaitu talian befrienders. Selain itu, jiran tetangga serta rakan-rakan ditempat kerja sangat disarankan untuk membantu mereka yang terkesan bukan sahaja dari segi kewangan tetapi juga dari segi kesihatan mental. Dengan cara ini, kita akan mampu bertahan hidup sehingga pandemik ini berakhir.
Sources: