Reaksi peminat sukan tanah air terhadap prestasi atlet negara semasa olimpik 2020

Baru-baru telah berlangsungnya temasya Sukan Olimpik yang bertempat di Tokyo Jepun negara matahari terbit. Oleh itu, Malaysia telah menghantar wakil-wakil atlet dalam pelbagai kategori sukan yang dipertandingkan termasuklah sukan berbasikal,  akuatik, memanah, golf, renang, olahraga dan bermacam-macam sukan lagi. Akan tetapi penganjuran acara sukan ini ditunda oleh pihak OIC pada 24 Mac 2020 oleh kerana pandemic Covid-19 yang melanda seluruh dunia. Keputusan ini diambil untuk mengunrangkan risiko jangkitan kepada mereka yang terlibat dengan temasya sukan tersuebut. Setelah perincian dengan lebih mendalam, pihak IOC kemudiannya telah mengumumkan Tarikh baharu iaitu pada 23 Julai sehingga 8 Ogos 2021.

Didalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 baru-baru ini, Malaysia telah berjaya meraih satu pingat perak melalui sukan basikal trek acara keirin dan satu pingat gangsa memalui sukan bergu badminton. Pingat perak telah dimenangi oleh Datuk Azizul Hasni Awang manakala pingat gangsa pulak diraih oleh beregu badminton lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik. Seluruh warga rakyat Malaysia amat berbangga dengan pencapaian mereka di sukan olimpik Tokyo 2020.  Dengan ini negara Malaysia berada dikedudukan yang ke 74 berkongsi tempat Bersama negara Jordon dan Nigeria. Satu pencapaian kedua terbaik buat Malaysia selepas Olimpik 2016 di Rio 5 tahun yang lalu.

Debaran yang amat hebat dapat dirasakan oleh peminat sukan tanah air apa bila atlet basic trek kita iaitu Datuk Azizul Hasni Awang dalam sukan basikal trek acara keirin. Beliau merupakan harapan besar rakyat Malaysia untuk mendapat pingat emas pertama namun rezeki tidak menyebelahi kita apabila beliau dinobatkan sebagai naib juara. Beliau bersama rakan sepasukan Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan ratu terjun Pandelela Rinong, pulang menaiki pesawat Malaysia Airlines MH071 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Jepun.

Gimnas negara Farah Ann Abdul Hadi terlepas peluang beraksi dalam acara all-around akhir selepas menamatkan saingan di kedudukan ke-68 daripada 85 peserta di Sukan Olimpik Tokyo hari ini.Malaysia hampir meraih satu lagi pingat di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas atlet terjun negara Nur Dhabitah Sabri mendapat tempat ke-4 dalam aksi final acara 3 meter papan anjal Wanita. Nur Dhabitah mara ke peringkat final selepas meraih tempat ke-6 dalam saingan separuh akhir pada Sabtu dengan kutipan mata 312.60. Terdapat ramai lagi atlet-atlet negara kita yang berjuang di Olimpik Tokyo 2020 dan segala persembahan mereka telahpun dipaparkan di alam maya. Perkara ini memberi peluang kepada seluruh warga peminat sukan untuk memberi pujian serta semangat kepada atlet kesukaan merka.

Namun ada segelintir warganet yang mengecam dan memberi komentar yang kurang menyenangkan kepada para atlet negara kita setelah atlet negara kita berhempas pulas berjuang demi nama Malaysia. Harus kita fahami bahawa pandemic Covid-19 yang melanda dunia lebih menyukarkan lagi atlet-atlet kita untuk berlatih dalam sukan masing-masing dalam perjuangan mengharumkan nama Malaysia dipersada dunia. Kita sebagai rakyat Malaysia sewajarnya menujukkan rasa bangga atas apa jua pencapaian atlet negara kita. Harus kita sedari bahawa mereka sudah melakukan yang terbaik namun mungkin bukan rezeki kita untuk mendapat pingat emas di temasya olimpik kali ini.

Apa yang pasti para atlet kita akan terus berjuang untuk olimpik yang akan datang dimana ianya akan diadakan di Paris pada tahun 2024. Sama-samalah kita doakan kesihatan para atlet kita supaya dapat beraksi lebih cemerlang untuk olimpik yang akan datang. Kita juga harus menggalakan anak-anak muda kita untuk menceburkan diri dalam bidang sukan agar kita dapat mencungkil lebih banyak atlet-atlet muda yang berbakat. Jadikanlah atlet angkat berat Filipina, Hidilyn Diaz sebagai contoh tauladan. Beliau yang memenangi pingat emas acara 55 kilogram wanita dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 amat berterima kasih kepada Malaysia kerana sudi membantu beliau berlatih untuk temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020. Ketiadaan tempat latihan yang selesa bukanlah alasan bagi beliau untuk terus berlatih dan terus berusaha untuk memberikan yang terbaik.

Kesimpulannya, kita sebagai peminat sukan tanah air perlulah memberi sokongan positif kepada semua atlet negara kita walau apa pun keputusan pertandingan. Menang dan kalah itu adat pertandingan. Tidak salah untuk kita mengkritik, akan tetapi perlulah kritikan yang membina dan tidak mencaci hamun mereka. Hargailah mereka di atas usaha keras yang telah mereka sumbangkan demi mengharumkan nama Malaysia.