Apa itu Automated External Defibrillator | Kepentingan AED di tempat kerja | Cara menggunakan AED

Apa itu Automated External Defibrillator?

Nama singkatan bagi Automated External Defibrillator ialah AED. AED merupakan sejenis alat untuk memberikan kejutan elektrik kepada jantung. Kejutan elektrik yang dihasilkan membantu memulihkan ritma jantung. AED adalah sejenis alatan atau peranti yang senang untuk dibawa ke mana-mana kerana saiznya yang kecil dan ringan.  Bantuan alat AED dengan CPR mampu meningkatkan sebanyak 75 kadar survival mangsa.

Kepentingan Automated External Defibrillator – AED

Mangsa serangan jantung yang mengalami “sudden cardiac arrest” atau jantung terhenti secara tiba-tiba, mereka perlu dibantu dengan segera. Masa kritikal adalah 4-10 minit untuk memulihkan mangsa sebelum mereka masuk ke fasa kematian otak.