Call Us +603-8066 8665
Kempen Bendera Putih
Tidak perlu merayu, tidak perlu malu, rakyat Malaysia lancar #KempenBenderaPutih
Berikutan penularan wakak covid-19, ramai diantara kita yang terkesan dari segi kesihatan. Ramai juga yang telah meninggal dunia akibat covid-19. Apa yang menyayat hati ialah apabila ahli keluarga tidak dapat mengiringi jenazah untuk ke kubur mahupun melihat jenazah untuk kali terakhir kerana perlu akur dengan SOP yang sedia ada. Tidak kurang juga mereka yang terkesan dari segi mental dimana ramai diantara kita yang hilang punca pendapatan akibat pandemic covid-19 ini sehinggakan ada yang sanggup membunuh diri kerana tidak mampu menanggung tekanan hidup yang semakin kritikal.
Pandemik ini juga memberi kesan terhadap kewangan dimana ramai rakyat Malaysia kini menghadapi krisis kewangan berikut pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Umum sedia maklum bahawa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan adalah bagi membentung wabak covid-19 yang semakin menular dikalangan masyarakat. Perkara ini menyebabkan rakyat digesa untuk mematuhi SOP tertentu bagi menyekat pergerakan yang tidak perlu. Namun yang demikian, kita juga harus mengambil kira kebajikan masyarakat. Perlu dilihat juga kesan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan kepada rakyat secara menyeluruh.
Antara tindakan yang wajib dipatuhi adalah tidak keluar bersosial, duduk di rumah dan menghadkan pergerakan keluar rumah yang tidak perlu. Kita percaya bahawa dengan cara ini, kita mampu melandaikan penuluran kes covid-19. Namun harus kita sedari bahawa tidak semua rakyat mampu bertahan hidup jika mereka tidak keluar berkerja. Terdapat ramai rakyat yang terkesan dari segi kewangan sehingga mereka tidak dapat menyediakan makanan untuk ahli keluarga. Sebagai contoh, pemilik kedai bukan “essential” seperti kedai gunting rambut, kedai bunga, bengkel kenderaan, pusat kecergasan dan banyak lagi amat terkesesan ketika pandemik ini.
Oleh itu satu kempen besar-besaran telah pun dijalankan, dimana mereka yang tidak berkemampuan hanya perlu mengibarkan bendera putih agar jiran tetangga, NGO, dan sesiapa sahaja boleh membantu mereka untuk menghulurkan makanan dan minuman serta keperluan harian. Kempen bendera putih ini disambut baik oleh masyarakat setempat dimana ramai masyarakat sekeliling menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Maka bermulalah kempen bendera putih di Malaysia.
Antara barangan bantuan yang paling kerap diberikan ketika kempen bendera putih adalah barang-barang asas seperti beras, minyak, telur, gula, garam, bawang, pampers bayi, susu dan sebagainya. Kempen bendera putih ini merupakan satu langkah yang amat baik untuk kita bersama-sama membantu mereka yang memerlukan.
Dengan adanya kibaran bendera putih, kita dapat mengetahui keadaan jiran tentangga kita, saudara mara kita bahkan juga orang yang tidak kita kenali. Kempen bendera putih diadakan untuk membantu semua orang tidak kira bangsa, status, warna kulit, mahupun agama. Kempen bendera putih juga akan membuka mata pihak berwajib untuk lebih peka dengan keadaan rakyat yang sedang sengsara oleh kerana penularan wabak covid-19 ini.
Namun, terdapat juga segelintir pihak yang tidak mahu muka serta status mereka dihebahkan di media sosial atas sebab-sebab tertentu. Maka, para pemberi perlulah menghormati mereka dan tidak menularkan muka serta keadaan mereka di mana-mana platform media sosial tanpa kebeneran kerana tindakan ini akan memberi impak yang negatif kepada penerima bantuan bendera putih. Penerima bantuan juga perlu jujur dalam memberi maklumat kerana terdapat laporan yang menyatakan bahawa penerima bantuan telah meneriima bantuan lebih dari keperluan mereka sehingga akan berlakunya pembaziran. Ada baiknya kempen bendera putih ini dilaksanakan dengan jujur agar lota dapat membantu semua yang terkesan.
Oleh itu, kepada yang memerlukan bantuan, usah malu dan segan kibarkan bendera putih agar umum tahu bahawa anda memerlukan bantuan. Kepada pemberi pula, terima kasih yang tidak terhingga atas bantuan anda. Oleh kerana tindakan mulia anda, orang lain dapat meneruskan kehidupan mereka. Sama-samalah kita berjuang sehingga pandemik ini berakhir.
#kitajagakita