Call Us +603-8066 8665
Hypovolemic Shock: Tanda-tanda Hypovolemic Shock
Pernahkah anda mendengar seseorang itu mengalami kemalangan dan meninggal dunia beberapa hari selepas itu walaupun tiada sebarang kecederaan langsung? Jika ya, pada pendapat anda apakah yang terjadi sebenarnya? Untuk pengetahuan anda keadaan ini dinamakan sebagai kejutan hipovolemik atau hypovolemic shock. Sekiranya seseorang itu tidak mendapatkan rawatan dengan segera, keadaan ini boleh membawa maut.
Apa itu kejutan Hypovolemic Shock?
Kejutan Hypovolemic Shock adalah keadaan kecemasan di mana berlakunya pendarahan yang teruk atau kehilangan cairan lain menjadikan jantung tidak dapat mengepam darah yang cukup ke seluruh badan. Kejutan jenis ini boleh menyebabkan banyak organ berhenti berfungsi. Selain pendarahan yang banyak, muntah-muntah, cirit-birit dan berpeluh dengan kadar banyak juga boleh menjadi penyebabnya. Bagi pendarahan pula terdapat dua jenis iaitu pendarahan luaran dan dalaman.
Berikut merupakan tanda-tanda kejutan Hypovolemic Shock:
– Kesedaran yang tidak menentu. Mangsa mungkin akan mengalami kekeliruan, kehilangan ingatan, tidak menyedari diri, masa dan tempat. Kadang kala mangsa mungkin juga akan hilang pertimbangan dalam tingkah laku.
– Kulit yang pucat, sejuk dan berpeluh. Ini terjadi disebabkan tiada bekalan darah yang secukupnya untuk dipam keseluruh badan.
– Anak mata mengembang. Bagi orang normal anak mata akan mengecil jika terkena cahaya. Tetapi bagi mereka yang mengalami renjatan Hypovolemic Shock anak mata tidak berubah saiz dan akan kekal besar.
– Kebiru-biruan pada bibir dan kuku. Darah semakin berkurangan dan tiada bekal an oksigan yang secukupnya untuk seluruh anggota badan.
– Kadar pernafasan meningkat akibat tiada bekalan oksigen secukupnya maka paru-paru terpaksa bekerja lebih keras.
– Loya dan muntah
– Dahaga
– Nadi menjadi semakin cepat tetapi lemah
Jadi jika anda terjumpa seseorang mengalami kemalangan dan mempuyai tanda-tanda tersebut apa yang anda perlu lakukan senang sahaja. Pertama tinggikan kaki mangsa 8’’ – 12’’. Ini adalah supaya semua darah akan mengalir ke bahagian organ-organ yang penting seperti otak, jantung dan paru-paru. Kedua tutup mangsa dengan menggunakan selimut. Jika tidak mempunyai selimut atau kain, and boleh gosok kedua belah tapak tangan dan tuamkan diatas badan mangsa.
Selain itu jika kita perasan mangsa yang mengalami kemalangan sering meninta air untuk diminum. Tahukah anda sepatutnya kita tidak boleh memberi sebarang minuman kepada mangsa. Ini kerana tahap pemikiran mangsa semasa itu adalah tidak menentu, merujuk kepada tanda-tanda pertama. Mangsa semasa itu mungkin tidak dahaga tetapi disebabkan kekeliruan mangsa meminta air. Jika tetap memberikan minuman kepada mangsa, mereka mungkin akan tersedak dan masalah lain akan timbul. Jadi sebab pemberian minuman adalah tidak dibolehkan sama sekala. Tetapi bagaimana pula jika mangsa itu benar-benar dahaga? Anda boleh memberikan minuman jika mangsa benar-benar dahaga tetapi anda hanya perlu membasahkan bibirnya sahaja.
Kita hanya mempuyai satu nyawa dan satu badan untuk dijaga, oleh itu sentiasalah peka akan kesihatan diri dan juga orang lain