Endemik Malaysia: Living With Covid-19 As An Endemic

Permulaan Endemik

Bermula tahun 2019, Corona Virus Infectious Disease atau dikenali sebagai COVID-19 telah menjadi sebuah wabak pandemic dimana virus ini telah menjelajah ke seluruh dunia dan menyebabkan jangkitan malah saban hari berlaku kematian. Bukan nyawa sahaja yang terancam, malah laporan dari segenap benua menunjukkan virus ini tleah menyebabkan kelumpuhan ekonomi, meningkatnya masalah sosial seperti kes dera, penceraian dan lagi tragis kes bunuh diri.

Sehingga ke hari ini, dunia masih berperang dengan virus yang tidak kelihatan dan warga masih cuba untuk hidup dengan norma baharu. Mempraktikkan sesuatu yang baru dan beradaptasi dengan segala corak hidup di zaman pandemik bukanlah sesuatu yang mudah. Namun itulah cabaran yang perlu ditempuh oleh setiap orang.

Menjelang 2022, di Malaysia khususnya terlihat cahaya di hujung terowong apabila kerajaan menjangkakan potensi untuk negara pulih dan bangkit semula disamping kewujudan virus ini dalam masyarakat. Dari status pandemik, Covid-19 bakal beralih kepada Endemik.

#StopSpread, wear, mask, endemic, endemik

Apa itu Endemik?

Endemik merujuk kepada penyakit atau wabak yang berlaku di sesebuah tempat yang masih boleh mengancam nyawa namun dalam situasi terkawal dan berkurangnya kemasukkan ke hospital disebabkan kes serius.

Bagaimana sebuah Pandemik boleh beralih ke status endemik?

Melihat kepada situasi negara kita, sehingga hari ini menunjukkan berkurangnya jumlah pesakit yang dimasukkan ke dalam hospital disebaban kesan serius daripada jangkitan Covid-19. Tren ini adalah petanda yang baik bahawa impak virus ini sudah boleh ditangani dan dikawal melalui sistem pencegahan dan kempen vaksinasi negara. Statistik menunjukkan hampir 70% penduduk telah divaksin dimana jumlah dos yang diberikan adalah sebanyak 37.1 juta setakat ini.

Hasil daripada kempen vaksinasi dan amalan pencegahan, negara sudah selangkah untuk mencapai suasana pulih daripada kesan virus ini. Namun yang demikian adakah itu bermaksud kita sudah bebas sepenuhnya ? Sama sekali tidak. Data menunjukkan berlakunya jangkitan Covid-19 kepada mereka yang telah divaksin, namun jangan panik. Kesan jangkitan adalah kurang serius berbanding mereka yang belum divaskin.

Oleh yang demikian, kita sudah boleh menerima hakikat bahawa virus ini akan sentiasa ada disekeliling kita, namun dalam keadaan terkawal. Covid-19 adalah suatu endemik di negara kita yang masih memerlukan kerjasama dari semua pihak untuk mencegah dan menangani kes jangktian.

Contoh penyakit yang telah menjadi endemik di Malaysia

Denggi yang disebabkan oleh nyamuk Aedes adalah sebuah penyakit yang dulunya meragut banyak nyawa. Ini adalah contoh endemik yang kita masih perlu hidup bersamanya. Sama seperti Covid-19. Hasil daripada pelan pencegahan dan kaedah rawatan yang berkesan, Malaysia kini sudah boleh mengawal virus denggi ini. Ubat untuk membunuh virus ini belum ada yang tuntas disebabkan mudahnya berlaku perubahan pada sifat virus, namun masih mampu dikawal dan dicegah.

Dengue Fever Remain Endemic in Malaysia, endemik

Kesimpulan

Harus kita sedari, virus Covid-19 ini akan sentiasa ada di sekeliling kita. Vaksin yang ada hanyalah untuk melatih badan kita melawan jangkitan. Selagi belum ada ‘ubat’ yang berfungsi membunuh virus dalam badan manusia, selagi itu kita masih perlu risau dan mengambil Langkah berjaga-jaga. Amalkan norma baru penjarakkan fizikal, dan sentiasa memakai pelitup muka bila berada ditempat awam. Mencegah lebih baik dari mengubati, peribahasa yang tak lapuk dek zaman tak lekang dek masa, sentiasa relevan dalam kes-kes jangkitan virus seperti Covid-19.