Call Us +603-8066 8665
Ivermectin untuk mencegah dan merawat COVID-19: Perlu kajian terperinci
Covid-19. Memandangkan jumlah jangkitan dan jumlah kematian setiap hari makin meningkat maka tidak hairanlah jika setiap hari kecoh di media sosial mengenai penggunaan Ivermectin untuk rawatan covid-19 terutama sekali di malaysia. Pasti ada sahaja hujah-hujah yang dibangkitkan sama ada ianya fakta atau auta. Jadi sebelum kita pergi lebih lanjut mengenai status penggunaan Ivermectin di malaysia, mari kita fahami dahulu apakah sebenarnya ubat Ivermectin ini.
Ivermectin adalah ubat yang dijual dibawah jenama stromectol ini juga merupakan ubat yang digunakan untuk merawat serangan parasit. Parasit merupakan organisma yang hidup didalam organisma lain lalu menyesuaikan diri dan secara langsung membahayakan perumah tersebut. contoh parasit yang biasa kita ketahui adalah sepert kutu kepala, scabies, onkoserkiasis atau dikenali sebagai buta sungai (penyakit Robles), strongyloidiasis, trikuriasis atau dikenali sebagai cacing cambuk, ascariasis sebagai cacing bulat dan yang terakhir lymphatic filariasis. Pada tahun 1981, Ivermectin mula diperkenalkan dan diluluskan kegunaanya untuk manusia pada tahun 1988.
Untuk pengetahuan anda, Ivermectin ini biasanya digunakan dalam perubatan veterinar untuk merawat dan mencegah cacing jantung atau heartworm. Doktor veterinar kebiasaannya akan menasihati cara pengambilan ubat ini adalah dengan melalui mulut atau sapu losyen di bahagian kulit untuk serangan luaran. Seterusnya Ivermectin ini akan bertindak dengan melumpuhkan dan membunuh parasit atau menghentikan parasit dari menghasilkan larva. Jangan terkejut kerana selain dari haiwan, ubat ini juga digunakan untuk merawat manusia yang mempunyai masalah parasit terutama sekali untuk rawatan buta sungai. Walaubagaimanapun di Malaysia penggunaan Ivermectin ini hanya diluluskan untuk haiwan sahaja.
Jadi sekarang ini kita akan berbalik semula kepada mengapa ubat yang dianugerahkan sebagai ‘wonder drug’ dari Jepun ini menjadi perbualan. Ada beberapa desas-desus kajian yang mengatakan ubat Ivermectin ini mampu merencatkan replikasi virus Covid-19. Namun sehingga sekarang ubat ini belum diiktiraf lagi oleh FDA (Food and Drug Administration) untuk kegunaan manusia dalam merawat Covid-19 walaupun menjadi kebiasaan di prescribed oleh doktor. Ini kerana sehingga hari ini juga dalam kajian tiada lagi data yang mencukupi untuk menyokong keberkesanan ubat pembunuh parasit ini. Tambahan pula pengambilan ubat ini secara oral adalah berbeza untuk setiap individu ini kerana bergantung pada berat badan seseorang. Mengambil dos yang berlebihan dari disyorkan akan membawa kepada masalah seperti pening, alahan, muntah, sawan, koma dan juga paling teruk penyebab kematian.
Sementara itu di Malaysia pula KKM telah memberi kelulusan khas penggunaan ubat ini secara off-label bagi digunakan dalam kajian klinikal untuk rawatan pesakit Covid-19 untuk menentukan keberkesanan dan keselamatan ubat tersebut. WHO juga ada menegaskan penggunaan Ivermectin ini hanyalah dalam ujian klinikal di mana pesakit perlu dipantau rapi oleh doktor dan penyelidik yang berpengalaman untuk menjamin keselamatan dan keberkesanan. Untuk pengetahuan anda kajian-kajian ini dilakukan sendiri oleh KKM dan Institut Penyelidikan Klinikal yang telah pun bermula pada 31 Mei 2021 lalu dan hasil kajian ini boleh diperolehi September ini. Terdapat 12 hospital yang terlibat dan melibatkan 500 orang pesakit pada tahap 2 dan tahap 3, pesakit yang berisiko tinggi dan yang berumur 50 tahun keatas.
Oleh itu marilah kita menjadi pengguna yang bijak yang tahu akan kesahihan sesuatu ubat. Dan bagi penjual ubat-ubatan yang terlarang atau tidak diluluskan jadilah penjual yang amanah yang tidak menganiaya orang lain. Disamping itu FDA juga ada mengingatkan jangan sesekali menggunakan ubat yang bertujuan untuk haiwan keatas diri sendiri dan persediaan Ivermectin untuk haiwan itu sendiri sangat berbeza dengan persediaan yang disetujui untuk manusia.