Strok VS Bell’s Palsy: What’s the Difference?

Kita sering mendengar mengenai penyakit strok mahupun Bell’s palsy. Tapi mungkin juga ramai diantara diluar sana yang keliru adakah kedua-dua ini penyakit yang sama ataupun berbeza?

Apa itu strok dan Bell’s palsy?

Secara amnya angin ahmar atau lebih dikenali sebagai strok ini terjadi apabila bekalan darah ke bahagian otak terganggu atau berkurang sehingga tisu otak tidak mendapat oksigen dan nutrien. Ia biasanya disebabkan oleh darah beku yang terbentuk di salur darah telah menyempit atau tersekat oleh simpanan lemak yang dikenali sebagai plak. Ini dipanggil sebagai strok iskemia. Selain itu terdapat lagi satu jenis strok yang dipanggil hemorrhagic stroke atau strok pendarahan. Untuk strok pendarahan ini pula adalah disebabkan oleh salur darah yang lemah pecah dan berdarah disekitarnya.

brain stroke

Bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, kadar kolestrol tinggi, diet garam tinggi dan merokok mempunyai risiko yang tinggi. Untuk pemulihan selepas strok adalah berbeza bagi setiap orang. Seseorang itu mungkin memerlukan masa berminggu-minggu, bulan, atau bahkan bertahun-tahun. Sebilangan orang boleh orang pulih sepenuhnya, tetapi ada juga yang mengalami kecacatan jangka panjang atau seumur hidup.

Seterusnya adalah Bell’s palsy. Bell’s palsy adalah episod kelemahan otot yang lumpuh atau kelumpuhan yang tidak dapat dijelaskan sehingga sekarang. Tetapi kajian yang dilakukan mendapati bengkak dan keradangan saraf kranial ketujuh dapat dilihat pada individu yang mengalami Bell’s palsy ini. Saraf kranial ketujuh adalah saraf yang mengawal  ekspresi otot muka dan juga deria pada lidah. Para saintis juga berpendapat bahawa bengkak dan keradangan ini adalah berpunca daripada jangkitan virus dan menyebabkan gangguan pada saraf tersebut.

Facial Stroke

Untuk pengetahuan anda penyakit ini boleh menyerang secera tiba-tiba dan bertambah teruk selepas 48jam jika tidak mendapatkan rawatan dengan segera. Namun ada juga kes yang pulih sendiri selepas dua minggu tanpa sebarang rawatan. Selain itu Bell’s palsy ini juga boleh menyerang sesiapa tanpa mengira usia.

Tanda dan gejala strok

  1. Lemah sebelah muka
  2. Lemah pada sebelah tangan atau badan
  3. Percakapan kabur
  4. Masa untuk mendapat rawatan segera dan telefon 999 – adalah penting kerana jika tidak mendapat rawatan yang awal keadaan pesakit mungkin akan bertambah teruk.

before and after bell's palsy

Tanda dan gejala bell’s palsy

  1. Pergerakan otot yang tidak teratur yang mengawal ekspresi wajah, seperti tersenyum, menyipit, berkedip, atau menutup kelopak mata
  2. Kehilangan deria di wajah
  3. Sakit kepala
  4. Menitiskan air mata
  5. Air liur meleleh
  6. Kehilangan deria rasa di depan dua pertiga lidah
  7. Hipersensitiviti terhadap bunyi di telinga yang terkena (hyperacusis)
  8. Ketidakupayaan untuk menutup mata pada bahagian muka yang terkena

 

Pengurusan strok

Jika anda melihat seseorang itu mempunyai gejala strok, pertama sekali hendaklah cepat membuat panggilan kecemasan atau bawa mangsa ke hospital dengan segera. kedua periksa dan kekalkan pernafasan mangsa. Ketiga sekiranya mangsa bernafas dengan normal, letakkan mangsa dalam posisi pemulihan.

Pengurusan Strok

Dan yang terakhir sekiranya mangsa tidak bernafas segera lakukan CPR.

Pengurusan Bell’s palsy

Untuk Bell’s palsy pula tidak banyak pengurusan awal yang perlu dilakukan. Jika anda sendiri atau seseorang itu mempunyai tanda-tanda Bell’s palsy maka segeralah ke hospital untuk rawatan lanjut. Selepas itu dapatkan nasihat seterusnya dari doktor yang merawat anda. Atau jika anda mempunyai sebarang masalah atau persoalan silalah tanya doktor yang bertauliah supaya tidak mendapat salah maklumat dan kesihatan anda tidak semakin teruk.