Spanish Fly or Spanish Flu?

Ini Rupanya ‘Spanish Fly’ Yang Ramai Tak Tahu

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila menteri kesihatan kita Datuk Seri Dr Adham Baba tersilap istilah ketika menyampaikan ucapannya. istilah yang sepatutnya spanish flu bertukar menjadi spanish fly mendatangkan perbualan hangat dalam kalangan netizen. walaubagaimanapun tidak semua rakyat malaysia yang tahu apakah maksud spanish fly tersebut dan ada juga diantaranya sudah lali dengan perkataan ini. jadi apakah sebenarnya spanish fly ini?

Spanish fly merupakan seekor emerald-green beetle atau kumbang berwarna hijau zamrud yang hidup di Eropah Selatan dan berada dalam keluarga kumbang lepuh. Tidak seperti haiwan lain, kumbang lepuh ini tidak mempunyai penyengat dan rahangnya juga tidak cukup untuk mencederakan manusia. Haiwan yang berasal dari keluarga ini mempunyai pertahanan diri apabila diserang dan secara langsung akan merembeskan ejen melepuh yang dikenali sebagai cantharidin. Cantharidin ini tidak berbau dan juga tidak berwarna. Ianya dikatakan berbisa dan juga toksik. Untuk pengetahuan anda cantharidin ini hanya dihasilkan oleh kumbang lepuh jantan sahaja. Walaubagaimanapun kumbang lepuh betina akan memperoleh rembesan ini ketika mengawan kerana terdapat cantharidin didalam spermatofore. Hal ini memberikan nuptial gift atau hadiah pemakanan kepada pasangan untuk meningkatkan amalan seksual. Walaupun cantharidin ini merbahaya terhadap musuh kumbang lepuh tetapi ianya tidak toksik kepada manusia. Ini kerana bagi sesiapa yang tersentuh racun ini bahagian kulitnya akan mengalami tindak balas kimia lalu melepuh dan kemudian menjadi ketuat tetapi akan menjadi sangat toksik dan boleh menyebabkan kecederaan yang serius atau kematian jika tertelan.

Meskipun spanish fly ini merembeskan cantharidin yang bertosik, namun rembesan ini juga boleh digunakan sebagai ubat dalam perubatan dengan mengeringkan kumbang tersebut untuk dijadikan aphrodisiac. Aphrodisiac yang berasal dari perkataan Greek diilhamkan dari Dewi Greek iaitu Aphrodite membawa maksud bahan yang meningkatkan keinginan seksual, tarikan seksual, keseronokan seksual atau tingkah laku seksual. Kaedah ini telah diguna pakai sejak zaman kuno lagi kerana fizikalnya dianggap meniru rangsangan seksual dan ia juga boleh menyebabkan ereksi atau priapism yang berpanjangan pada lelaki. Priapism adalah ereksi yang berterusan, biasanya menyakitkan dan berlangsung selama lebih dari empat jam dan berlaku tanpa rangsangan seksual. Akan tetapi ada laporan yang mengatakan bahawa produk spanish fly yang berada dalam pasaran kini mengandungi lebih banyak air dan gula barbanding esktrak cantharidin. Sementara itu, menurut FDA (Food and Drug Administration) pula, masih terdapat produk yang mengaku mengandungi spanish fly di pasaran hari ini, walaupun cantharidin tidak diluluskan oleh FDA.

Tetapi berlainan pula dengan China, cantharidin telah digunakan ribuan tahun sebagai ubat untuk beberapa jenis penyakit dan salah satunya adalah cancer. Dan hanya pada tahun 1950-an barulah ia digunakan di Amerika Syarikat dan negara-negara barat lain untuk merawat ketuat dan moluskum. Walaupun ianya digunakan untuk merawat ketuat dan beberapa penyakit lain, harus diingatkan bahawa sehingga sekarang tiada lagi produk cantharidin yang diluluskan oleh FDA pada masa ini kerana sumber dan bahan mentah yang berbeza.

 

Oleh itu marilah kita menjadi pengguna yang bijak yang tahu akan kesahihan sesuatu ubat. Dan bagi penjual ubat-ubatan yang terlarang atau tidak diluluskan jadilah penjual yang amanah yang tidak menganiaya orang lain. Selain itu terima kasih juga perlu diucapkan kepada Datuk Seri Dr Adham Baba kalau bukan tidak kerana beliau mungkin masih lagi ada sesetengah rakyat Malaysia tidak tahu kewujudan Spanish Fly ini.